Selamat Datang
Selamat datang kepada pembaca semua, Blog Seni Sulaman Benang ini memaparkan hasil sulaman tangan oleh Puan Siti Hajar binti Haron yang berasal dari Kampung Tenang, Labis Johor. Beliau merupakan anak pertama dari lapan orang adik-beradik. Ia bermula sebagai satu hobi yang dilakukan pada waktu lapang. Beliau telah menjahit sulam benang ini untuk hiasan pada sarung bantal, alas meja, table runner dan hiasan dinding.
Blog ini akan memaparkan hasil kerja sulaman benang yang terkini disamping hasil kerja lama yang belum lagi dipaparkan di blog ini. Selain itu blog ini juga menjadi platform untuk menjual hasil sulaman benang ini dan ia bukanlah fokus blog ini dihasilkan.
Setiap satu sulaman benang yang dihasilkan ini mengambil masa 1 hingga 2 minggu kerana ianya dilakukan sekiranya terdapat masa yang terluang.
Saturday, June 26, 2010
|
Labels:
seni sulaman,
sulaman benang,
sulaman tangan
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tahniah mak sebab buat yang terbaik tadi, Tiba-tiba mak kami jadi glamer. Dapat salam ngan Sultanah Johor, di'interview' oleh orang Astro, ada plak wartawan TV3 datang.. hehehe.. Kami tumpang glamer mak je. Sayang mak sangat. Muah.. muah.. XOXO
Post a Comment