2 kuntum bunga dan 3 helai daun

Corak pada kali ini ialah menggunakan dua kuntum bunga sebagai aspek yang ingin ditonjolkan dalam sulaman benang ini yang menggunakan sulaman tangan. Manakala 3 helai daun yang disertakan dengan bunga supaya ianya dapat memenuhkan ruang selain ianya dapat menaikkan lagi seri pada bunga tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sulaman benang ini bolehlah menghubungi saya di sini http://sulamanbenang.blogspot.com/p/hubungi-saya.html ataupun di sini

Tempahan juga disediakan

Gabungan Bunga Rose

Corak sulaman yang diketengahkan ialah menggunakan 2 kuntum bunga rose yang sudah mekar dan bunga-bunga kecik sebagai tambahan dalam sulaman benang ini. Semuanya di sulaman menggunakan sulaman tangan

Selepas siap di sulam, dihantar ke kedai untuk memasang frame/bingkai supaya ianya akan tidak menjadi usang.

Sulaman Benang Khas untuk Sultanah Johor


Sulaman benang menggunakan tangan ini dihasilkan khas untuk hadiah kepada Sultanah Johor sempena Kembara Mahkota Johor 2010. Hanya dihasilkan satu sahaja dan tidak akan dihasilkan lagi corak sebegini kerana ianya terlalu istimewa

Nantikan update yang terkini serta hasil sulaman benang yang dihasilkan dalam entri-entri yang akan datang serta corak-corak yang lebih segar

Selamat Datang

Selamat datang kepada pembaca semua, Blog Seni Sulaman Benang ini memaparkan hasil sulaman tangan oleh Puan Siti Hajar binti Haron yang berasal dari Kampung Tenang, Labis Johor. Beliau merupakan anak pertama dari lapan orang adik-beradik. Ia bermula sebagai satu hobi yang dilakukan pada waktu lapang. Beliau telah menjahit sulam benang ini untuk hiasan pada sarung bantal, alas meja, table runner dan hiasan dinding.


Blog ini akan memaparkan hasil kerja sulaman benang yang terkini disamping hasil kerja lama yang belum lagi dipaparkan di blog ini. Selain itu blog ini juga menjadi platform untuk menjual hasil sulaman benang ini dan ia bukanlah fokus blog ini dihasilkan.


Setiap satu sulaman benang yang dihasilkan ini mengambil masa 1 hingga 2 minggu kerana ianya dilakukan sekiranya terdapat masa yang terluang.